Kesan Penjajahan Portugis
Orang-orang Portugis digalakkan mengahwini wanita tempatan lantas mewujudkan sebuah komuniti Serani yang besar tidak lama kemudian. Pada hari ini, komuniti Serani Portugis masih ada di Melaka dan di bandar-bandar lain di Malaysia dan kebanyakan dari mereka bertutur dalam dialek Portugis. Walaupun Portugis kehilangan kuasa di Melaka lebih 300 tahun dahulu, banyak perkataan dalam bahasa mereka yang digunakan dalam bahasa Melayu. Di antara contoh perkataan-perkataan tersebut adalah almari (almario), bendera (bandera), mentega (mantaga), garfu (garfo) dan meja (mesa).
Portugis telah
menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak
kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya
lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang
Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa perkataan yang berasal
daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari,
tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka
menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis
seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.
No comments:
Post a Comment