PUNCA KEJATUHAN MELAKA KE TANGAN PORTUGIS
Antara punca utama yang
telah dikenal pasti sehingga menyebabkan Melaka berjaya ditawan oleh Portugis
adalah kerana berlakunya pengkhianatan dalam negeri diikuti dengan ketiadaan
Bendahara yang berkaliber seperti Tun Perak, serta kekuatan angkatan tentera
Portugis, khususnya pemilikan senjata moden dan strategi peperangan yang lebih
teratur. Orang Portugis adalah bangsa Eropah yang pertama datang
ke Timur dan tiba ke Melaka dengan tujuan kedatangan mereka berkaitan dengan
perdagangan rempah. Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Rempah selalunya
digunakan untuk mengawet makanan dan menambahkan kelazatannya dan mereka datang
ke Timur sebab mahu mendapatkan rempah terus dari Kepulauan Melayu.
Raja Portugal juga menggalakkan rakyatnya melakukan pengembaraan ke seluruh dunia dan menghantar rombongan untuk mencari jalan laut ke Timur.Pada tahun 1498, Vasco da Gama telah sampai ke India dan mereka berjaya menakluki Goa dan menjadikannya sebagai pusat operasi di Timur. Ini diikuti dengan kedatangan rombongan Lopez de Sequeira ke Melaka pada tahun 1509. Melaka masih menjadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam yang terkenal ketika angkatan laut Portugis diketuai Lopez de Sequira tiba di situ. Ianya telah diarahkan oleh Raja Manuel untuk mendapatkan pangkalan Portugis di Melaka.
Pada mulanya rombongan Portugis itu disambut baik oleh Sultan Mahmud dan dibenarkan berniaga. Tetapi keadaan ni kemudian berubah apabila saudagar Islam dari India telah menasihatkan Bendahara Tun Mutahir supaya berhati-hati dengan orang Portugis yang di anggap musuh Islam. Bendahara telah memujuk Sultan Mahmud supaya bertindak ke atas orang Portugis. Baginda akhirnya memerintahkan semua orang Portugis ditangkap dan ditahan termasuk seorang pegawai kanan rombangan tersebut iaitu Ruy de Araujo.
Bagaimanapun, beberapa orang daripada rombangan itu telah terbunuh dan ada yang dapat melarikan diri ke Goa termasuk ketuanya Lopez de Seqeuira. Peristiwa tersebut telah memberi sebab dan peluang kepada Portugis untuk menyerang Melaka. Walaupun Melaka aman dan makmur, beberapa pergolakan dalam istana yang telah menyebabkan kelemahan pentadbirannya. Apabila berita penahanan rombongan Portugis di Melaka sampai ke Goa & Lisbon, Wizurai (Viceroy-wakil/gabenor untuk Raja) Portugis di Goa, Alfonso d’ Albuquerque telah menyiapkan angkatan perang untuk menyerang Melaka. Raja Portugal menghantar sepasukan tentera laut di bawah pimpinan Diego Mendez untuk tujuan yang sama dan angkatan tentera ini telah bergabung dengan angkatan tentera Alfonso menjadi angkatan perang yang besar.
Portugis telah menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511 dan dalam tempoh ini Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata Portugis yang lebih canggih dan moden. Secara keseluruhan, Portugis telah menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari 1511 ke 1641. Wizurai (Viceroy) yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka adalah Alfonso d’Albuquerque. Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan. Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama 3 ke 4 tahun. Beliau dipilih dari kalangan golongan Fidalgo iaitu golongan bangsawan Portugal. Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sekaligus sebagai timbalan kepada Kapten Kota. Golongan tentera diketuai oleh Kapten Jeneral dan dibantu oleh golongan Feitor. Kapten Kota dan timbalannya akan dibantu oleh Majlis Penasihat terdiri daripada 3 badan utama iaitu:- Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran orang tempatan.
👍
ReplyDeleteSesuatu sejarah dikaji oleh menuskrip dan buku2nya, tapi sejarah Melayu Melaka tidak mempunyai itu semua, menuskrip dan buku2nya diambil, dicuri dan disimpan perpustakaan serata Europa sekitar 12,000 buku dan manuskrip masih berada di muzium2 dan perpustakaan di Europa. Jadi sejarah kerajaan Melayu Melaka ditulis oleh orang bukan orang Melayu, Rumusan penyelidik telah menolak tahun 1400 dan 1278 sebagai tahun pengasasan Kerajaan Melayu Melaka kerana kesepakatan sarjana Barat (Portugis) bukan berdasarkan fakta sejarah.
ReplyDeleteIni juga termasuk Suma Oriental yang ditulis oleh Tome Pires pada 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar dan cakap.
Kita perlu melihat ketulenan sejarah itu sendiri dari merujuk dari semua yang lebih sahih dan tepat.
Rujukan kepada Alfonso de Albuquerque tabular records, catatan Duarte Coelho dan Francis Xavier dairy ini bercanggah dengan buku Tome Pire situ. Sekarang kita perincikan unsur2 percanggahan sejarah.
Kekuatan angkatan tentera Portugis, khususnya pemilikan senjata moden dan strategi peperangan yang lebih teratur.
• Selepas kekalahan Melaka Portugis menjumpai 4000 laras Meriam berbagai jenis dan senapang, rentaka dan lain. Meriam ini masih berada di Portugal sebagai rampasan perang dan senanpang Melaka dihadiah kepada Jepun.
Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Rempah selalunya digunakan untuk mengawet makanan dan menambahkan kelazatannya.
• Tentera Portugis datang ke timur bukan untuk berdagang, mereka ini dari serpihan Christian Nights yang datang untuk melancarkan Perang Salib, mengembangkan ugama Kristian dan merampaskan harta dan cukai. Dalam Alfonso de Albuquerque tabular records mereka menahanan kapal pergi Haji dan membunuh umat Islam, Alfonso mempunyai rancangan untuk membawa jasad baginda Rasulullah ke Portugal. Secara logik rempah digunakan untuk mengawet adalah satu yang dangkal, agen pengawet mahanan ialah garam. Ikan, daging dan buah diawet gunakan garam bukan rempah. Bila ikan diawet jadi ikan kering, daging diawet jadilah backon atau jerk meat.
Mungkin Saudari Geeta boleh buat rujukan lebih lanjut.
Bangsa melayu bukan lemah, tapi pengkhianat yg celaka.
ReplyDelete