25 August 2015

Penjajahan Portugis 1

ZAMAN PENJAJAHAN PORTUGIS

 Penjajah Portugis menduduki melaka selama 130 tahun , iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641. Walaupun begitu lama menjajah  Melaka. Namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya. Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau misalnya gagal. Pengaruhnya hanyalah di sekitar bandar Melaka. Matlamat asalnya untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan. Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat, akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada  masyarakat melayu , kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala) kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-Riau , namun pengaruhnya tidak berkesan.


Penjajahan di Tanah Melayu oleh kuasa-kuasa asing bermula dengan kedatangan dan serangan oleh Portugis ke Melaka. Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Kedatangan dan serangan Portugis ke Melaka berpunca daripada sedikit perselisihan faham, Sultan telah menahan beberapa pedagang Poryugis yang datang berdagang ke Melaka. Alfonso De Albuquerque  tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta Sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi. Keengganan baginda telah menyebabkan Melaka diserang dengan 800 orang Portugis dan 600 orang India. Tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum pada ketika itu.


 Pada 24 Ogos 1511, Portugis telah berjaya menawan Melaka. Penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511 telah memulakan suatu era baru campurtangan kuasa Barat di rantau Asia Tenggara khususnya di Tanah Melayu. Menyedari bahawa rantau Asia Tenggara memiliki kekayaan, khususnya pusat pengeluaran rempah yang pada masa itu menjadi barang dagangan paling berharga, ini telah menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba menjelajah ke Asia Tenggara dengan tujuan untuk mendapatkan dan memonopoli perdagangan rempah, meluaskan pasaran serta pengaruh politik mereka.




.

No comments:

Post a Comment