25 August 2015

kesimpulan

Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ii dapat dilahirkan kesedaran tentang kewujudan satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya, kerajaan Melaka setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri mempunyai kedaulatan yang tersendiri. 

Dengan pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemudianya menghayati dan menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Namun, kekayaan ekonomi serta kemajuan dan ketertinggian tamadun adalah antara faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini. Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik, ekonomi, sosial. Fenomena ini juga menjadikan tammadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkristisne berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.

No comments:

Post a Comment